Thursday 30 May 2013

Assalaamu'alaikum kawan-kawan! =D

Diharapkan agar kawan-kawan semuanya sihat-sihat belaka.. Bagi yang bakal menduduki peperiksaan, belajar rajin-rajin ya! Ibubapa tetap yang utamakan untuk kita sentiasa mohon doa daripada mereka. Kawan-kawan nampak kan video ini? Baru saja di 'upload'di Youtube pada 23 May 2013. Apa pendapat kawan-kawan terhadap video ini? Paparan video ini bukan bermaksud untuk kami membuka aib sesuatu perkara itu, akan tetapi cuba kawan-kawan fikir, jika perkara ini terjadi lagi, adakah kawan-kawan kan berdiam diri. Islam tidak pernah halang kita untuk berhibur. Akan tetapi hiburan itu perlu ada batasannya. Kerana itu lah, hukum bermain guitar akan menjadi haram apabila kita leka sehinggakan tidak melakukan kewajiban terhadap Allah (meninggalkan solaat).

Oleh itu, perkara sebegini perlu kita melihat kembali asas-asas pegangan agama kita. Dengan rukun Islam dan Iman yang dipelajar, kita perlu menasihatkan antara satu sama lain. Bukan untuk menghukum orang, akan tetapi kita sendiri perlu muhasabah diri kita. Kawan-kawan boleh merujuk kembali pada artikel pertama kami berkenaan dengan "Saatnya remaja beraksi". Seandainya Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan kita semua dan melihat perkara ini, adakah baginda akan tersenyum ataupun berduka? Kami yakin,kawan-kawan pasti tahu apa jawapannya.. Allahu'alam..

Monday 27 May 2013

Mencari Sebuah Kebenaran


Assalaamu'alaikum kawan-kawan..

Sebenarnya terdetik di hati ini, apabila saya perlu mengambil satu kursus dimana kursus ini sangat mencabar. Mencabar akal pemikiran kita, hati kita dan yang paling penting adalah keimanan kita. Fitrah manusia sesungguhnya ingin mencari suatu kebenaran. Kebenaran yang tidak akan ada pada mana-mana agama sekalipun kecuali satu iaitu Ad-Dinul Islam. Akan tetapi masih ramai dikalangan umat manusia yang tidak mendapat hidayah Allah malah yang menyedihkan adalah, orang Islam sendiri keluar daripada Islam dan menganut agama lain. Bagaimana pula dengan masyarakat Islam yang mempercayai pada agama lain dengan meminta pertolongan selain daripada Allah? Bukankah itu dikatakan syirik? 

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, bagaimanakah kita perlu berdepan dengan mereka? Apakah dialog yang perlu dibahaskan dengan mereka? Adakah kita akan mengikut emosi semata-mata ataupun mengikut segala fakta dengan mengeluarkan bukti-bukti yang telah tersedia ada di dalam al-Quran dan al-Hadith? Semakin ramai memeluk agama Islam dan semakin ramai juga yang keluar daripada agama Islam. Inilah masanya untuk kita mempersiapkan diri dan meletakkan niat agar dapat berdepan dengan mereka. Bukan untuk berdebat, akan tetapi untuk membantu mereka dalam mencari sebuah kebenaran.

Sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh Yusuf Estet dalam salah satu forum beliau, perkara yang sering dicari-cari dan diinginkan oleh setiap orang (termasuklah dirinya) adalah lima perkara iaitu 'surrender, submission, obedience, sincerity and peace.' Dengan adanya kelima-lima perkara ini, maka kebenaran yang dicari pasti akan tercapai. 

Kita maklum bahawa al-Quran dan as-Sunnah merupakan dua perkara yang ditinggalkan kepada umat Islam agar sentiasa berpegang dengannya dalam menuju ke jalan yang benar. Apabila kebenaran Islam diperolehi, maka nikmat Islam dan Iman itu pasti hadir dalam diri setiap individu. Nikmat Islam inilah yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Syeikh Yusuf Estet. Dimana apabila kita menyerahkan hati kita kepada Allah dengan beriman kepadaNya, kita pasti merasa yakin bahawa sesungguhnya Islam itu syumul dari pelbagai aspek. Sehingga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang melakukan sekecil-kecil kebaikan.

Bagi membahaskan tentang cara bagaimana ingin berdepan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi sekarang ini, kita perlu selidiki semula sejauh mana pengetahuan kita tentang Islam. Sejauh mana kita mengetahui tentang agama-agama lain yang wujud di dunia ini seperti agama Hindu, Buddha dan Kristian. Sejauh mana kita mengetahui pemahaman mereka terhadap agama-agama mereka sehingga kepercayaan mereka ini membuatkan mereka terpesong daripada ajaran yang sebenar?? Tidak ada salahnya jika kita ingin mengetahui tentang agma mereka. Kita boleh mengatakan bahawa Islam itu adalah universal dan global disebabkan agama Islam tersebar luas sehingga ke seluruh dunia. Akan tetapi, cuba kita fikirkan semula, jika dikatkan antara Islam itu sendiri dengan diri kita, adakah kita sudah cukup 'universal' dalam mengetahui agama lain? Adakah cara pemikiran kita sudah cukup 'universal' untuk berhadapan dengan masyarakat yang masih berfikiran global akibat pengaruh daripada unsur-unsur Barat? 

Terlalu banyak persoalan yang difikirkan. Terlalu banyak juga cara yang telah disediakan untuk kita menghadapi masyarakat yang emmepunyai pelbagai bentuk cara pemikiran. Sekarang, kita perlu bangun, dan bersuara. Tidak boleh lagi untuk berdiam, tidak boleh lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung. Ayuh sahabat-sahabat sekalian!! Inilah medan jihad yang sebenar. Di dalam kelembutan, pasti ada ketegasan. Islam cukup tersebar luas dan sesungguhnya kitalah generasi Khalifah Fil Ard yang telah dihantarkan oleh Allah s.w.t.. Allahu'alam.

Kembara Iman: Adam Corrie Lee

Tip-Tip Doa Amalan Seharian~




Assalamu’alaikum warahmatullah. Salam muhibbah kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
In sha Allah, pada kali ini kami akan berkongsi tip- tip kehidupan ataupun doa harian kepada. Sebelum itu, kami harap adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan tenang selalu. Tanpa kita sedar, kadangkala kita lupa untuk melakukan sunnah-sunnah kecil mahupun doa-doa yang diamalkan seharian. Mungkin Sebahagian daripada kita berfikir bahawa itu hanya perkara remeh. Akan tetapi, apabila kita cuba fikirkan kembali, tanapkita sedar sesungguhnya perkara sekecil ini jugalah sebenarnya sangat penting dalam hidup kita seharian. Sedangkan Allah memberi ganjaran kepada kita daripada sekecil-kecil kebaikan, jadi apalagi yang ditunggu?? 

Doa-doa ini akan menyempurnakan amal ibadat kita dan menjadikan kita sebagai seorang muslimin yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Tidak lupa juga dalam mengikut ajaran Rasulullah s.a.w sepertimana Allah telah nyatakan di dalam surah Al-Ghaafir ayat 60 yang menjelaskan tentang kepentingan doa-doa ini. Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”
 
Maka marilah sama-sama kita mengamalkan bacaan doa. Kita mulakan dengan doa-doa yang asas dulu ye adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian..
Pertama, kita mulakan kehidupan seharian dengan mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah apabila bangun daripada tidur. Ucaplah, ‘alhamdulillah’ ibarat kita dihidupkan semula setelah mati dimana roh kita ditarik untuk seketika waktu (separuh dari tidur itu separuh mati). Bacalah: 

الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور.
“Alhamdulillahil lazi Ahyana Ba’dama Amatana wa Ilaihin nusyur”

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan, dan kehadapannya kita akan kembali.

Kedua, doa masuk tandas dan keluar dari tandas. Mengapa perlu unuk kita membaca doa apabila nak masuk dan keluar dari tandas? Inilah yang dinamakan Allah Maha pengasih lagi Maha Penyayang dimana Dia sentiasa ingin memelihara hamba-hambaNya daripada segala kejahatan. Hanya pada waktu ini sahajalah,malaikat tidak ada bersama-sama dengan kita. Maka, sesungguhnya syaitan jua lah yang akan berada bersama di dalam tandas. Oleh itu, lindungilah diri kita daripada segala keburukan samada semasa memasuki tandas mahupun keluar daripada tandas. Bacalah:

اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث
Allahumma inni ‘auzubika minalkhubsi wal khaba is

Ertinya: "Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan"

Doa Keluar Tandas..
غُفْرَانَكَ الحمد لله الذى أذهب عنى الأذى وعافانى
Ghubranaka Alhamdulillahillazi Azhaba ‘Annil ‘aza wa ‘aafani

Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

Ketiga, doa apabila melihat cermin. Secara lumrahnya,setiap manusia suka kepada kecantikan dan cermin ibarat suatu bahan yang sudah sebati dengan diri kita sendiri. Akan tetapi, antara doa yang sering kita lupa untuk membacanya adalah doa ini. Sesungghnya, kita perlu untuk membacanya bukan untuk menjaga kecantikan shaja, sebaliknya kita perlu melindungi diri daripada segala fitnah dan menjauhkan hati daripada perasaan riya’ terhadap ciptaan yang Allah berikan kepada kita. 

اللهم كما حسنت خلقي فحسن خلقي
“Allahumma Kama Hassanta Khalqi Fahassin khuluqi”

Ertinya: Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkah lah juga akhlakku.

Kemudiannya, tidak lupa juga amalan doa sebelum makan dan minum. Kami pasti bahawa doa ini pasti telah dibaca setiap hari tanpa terlepas walau sekali. Apakah doa tersebut?

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.....بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma barik lana fiima rozaqtana wa qina ‘adzaban nar…

Ertinya: "Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. (Dan seterusnya kita bacalah bisminlah ) Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Tapi adik-adik jangan lupa! Kita diwajibkan untuk makan dengan tangan kanan kerana Rasulullah s.a.w telah berkata bahawa: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)
Selepas itu,dengan adanya doa sebelum makan, maka tidak lengkap sekiranya ia tidak disertakan dengan doa selepas makan sebagai penutup.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Ertinya: "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."

Doa sebelum minum
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
“Allahumma inni Asyrabuhu litaghfirali wa litaf’alabi faghfirli Awif’an”

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni  daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.

Bagaimana pula ya jikalau kita lupa untuk membaca doa sebelum makan? Jangan bimbang. Islam itu agama yang syumul dan Islam jualah merupakan ad-Din yang sentiasa meraikh kepada kebenaran. Maka di datangkan juga
بسم الله أوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi awwalahu wa akhiruhu

Ertinya: Dengan menyebut asma' Alloh pada permulaan dan akhiran.


Kami berkongsi sampai di sini dahulu dan akan disambung pada lain waktu. Diharapkan agar umat Islam lebih sedar bahawa setiap doa yang diyatakan dan dipelajari, akan mudah lupa sekiranya tidakdiamalkan. Jadi, tunggu apalagi? Inilah cara-cara yang paling mudah untuk kita meraih ganjaran. Allahu'alam



Kawan-kawan boleh lah rujuk semula kepada buku-buku seperti ini dan dapatkan tenaga pengajar atau yang pakar dalam bidang ini. Semoga kawan-kawan tidak jemu dalam mencari ilmu kerana Allah. =) Allahumma Amin.

Saatnya Remaja Beraksi!!



Bila sebut je pasal dakwah, teringat pulak Rasulullah saw yang mengabdikan hidupnya kepada Allah swt untuk berdakwah menyebarkan agama Islam. Sehingga Islam menjadi agama yang Agung. Namun di akhir zaman ini, masalah moral, kemungkaran dan kesesatan yang terjadi seperti zaman jahiliyah pada masa Nabi yang dilakukan oleh majoritinya adalah para remaja.

Maka, inilah saatnya remaja beraksi untuk menyampaikan dakwah . Iaitu remaja yang telah dikurniakan hidayah untuk berusaha mengajak mereka pada kebaikan. Kerana para remaja lebih berpengaruh oleh rakan-rakan mereka dibandingkan pengaruh oleh orang yang lebih tua dari mereka.

Nabi telah bersabda: 
"Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaknya ia merubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka hendaknya ia merubahnya dengan lisannya, jika tidak mampu maka hendaklah ia (mengingkarinya) dengan hatinya”

Ya, memang menyampaikan kebaikan itu pahit rasanya. Rasulullah dahulu diancam bunuh kerana berdakwah. Dan pada masa juga para ulama dipenggal kepalanya kerana berdakwah. Namun hal itu tidak berlaku untuk zaman sekarang kerana Malaysia adalah negara yang berpelembagaan. Jadi, jangan takut untuk berdakwah. Dakwah itu perang mental. Diperolok-olok, ditertawakan ataupun dicela jangan putus asa dengan itu semua.

Allah swt berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentertawakan orang-orang yang beriman" [Al-Muthaffifin : 29]

Maka, sampaikanlah dakwah dengan benar. Ertinya isi dakwah itu benar-benar di amalkan oleh kita sendiri. Dan ingat ! Jangan bergabung di tempat kemungkaran, tempat orang-orang yang berbuat kesesatan jika mereka terus menerus mengolok-olokkan hal yang kita sampaikan.

Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Qur’an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam” [An-Nisa : 140]

Sabar !! Itulah kunci kejayaan dalam menyampaikan dakwah. Setiap orang yang menerima dakwah kita belum tentu ia adalah orang yang diberi hidayah oleh Allah swt. Kerana hidayah hanya milik-NYA.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berpesan janganlah kalian meremehkan diri kalian jangan pula tergesa-gesa lalu mengatakan : ” Kami menginginkan agar orang yang tersesat itu mendapat hidayah dalam sehari semalam”. Boleh jadi ia tidak mendapatkan hidayah kecuali setelah satu pekan, atau satu bulan atau lebih. Akan tetapi yang penting itu adalah bersabar dan menyabarkan diri untuk memberikan petunjuk kepada saudara-saudara kalian.