Monday 27 May 2013

Tip-Tip Doa Amalan Seharian~




Assalamu’alaikum warahmatullah. Salam muhibbah kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
In sha Allah, pada kali ini kami akan berkongsi tip- tip kehidupan ataupun doa harian kepada. Sebelum itu, kami harap adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan tenang selalu. Tanpa kita sedar, kadangkala kita lupa untuk melakukan sunnah-sunnah kecil mahupun doa-doa yang diamalkan seharian. Mungkin Sebahagian daripada kita berfikir bahawa itu hanya perkara remeh. Akan tetapi, apabila kita cuba fikirkan kembali, tanapkita sedar sesungguhnya perkara sekecil ini jugalah sebenarnya sangat penting dalam hidup kita seharian. Sedangkan Allah memberi ganjaran kepada kita daripada sekecil-kecil kebaikan, jadi apalagi yang ditunggu?? 

Doa-doa ini akan menyempurnakan amal ibadat kita dan menjadikan kita sebagai seorang muslimin yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Tidak lupa juga dalam mengikut ajaran Rasulullah s.a.w sepertimana Allah telah nyatakan di dalam surah Al-Ghaafir ayat 60 yang menjelaskan tentang kepentingan doa-doa ini. Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”
 
Maka marilah sama-sama kita mengamalkan bacaan doa. Kita mulakan dengan doa-doa yang asas dulu ye adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian..
Pertama, kita mulakan kehidupan seharian dengan mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah apabila bangun daripada tidur. Ucaplah, ‘alhamdulillah’ ibarat kita dihidupkan semula setelah mati dimana roh kita ditarik untuk seketika waktu (separuh dari tidur itu separuh mati). Bacalah: 

الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور.
“Alhamdulillahil lazi Ahyana Ba’dama Amatana wa Ilaihin nusyur”

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan, dan kehadapannya kita akan kembali.

Kedua, doa masuk tandas dan keluar dari tandas. Mengapa perlu unuk kita membaca doa apabila nak masuk dan keluar dari tandas? Inilah yang dinamakan Allah Maha pengasih lagi Maha Penyayang dimana Dia sentiasa ingin memelihara hamba-hambaNya daripada segala kejahatan. Hanya pada waktu ini sahajalah,malaikat tidak ada bersama-sama dengan kita. Maka, sesungguhnya syaitan jua lah yang akan berada bersama di dalam tandas. Oleh itu, lindungilah diri kita daripada segala keburukan samada semasa memasuki tandas mahupun keluar daripada tandas. Bacalah:

اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث
Allahumma inni ‘auzubika minalkhubsi wal khaba is

Ertinya: "Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan"

Doa Keluar Tandas..
غُفْرَانَكَ الحمد لله الذى أذهب عنى الأذى وعافانى
Ghubranaka Alhamdulillahillazi Azhaba ‘Annil ‘aza wa ‘aafani

Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

Ketiga, doa apabila melihat cermin. Secara lumrahnya,setiap manusia suka kepada kecantikan dan cermin ibarat suatu bahan yang sudah sebati dengan diri kita sendiri. Akan tetapi, antara doa yang sering kita lupa untuk membacanya adalah doa ini. Sesungghnya, kita perlu untuk membacanya bukan untuk menjaga kecantikan shaja, sebaliknya kita perlu melindungi diri daripada segala fitnah dan menjauhkan hati daripada perasaan riya’ terhadap ciptaan yang Allah berikan kepada kita. 

اللهم كما حسنت خلقي فحسن خلقي
“Allahumma Kama Hassanta Khalqi Fahassin khuluqi”

Ertinya: Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkah lah juga akhlakku.

Kemudiannya, tidak lupa juga amalan doa sebelum makan dan minum. Kami pasti bahawa doa ini pasti telah dibaca setiap hari tanpa terlepas walau sekali. Apakah doa tersebut?

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.....بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma barik lana fiima rozaqtana wa qina ‘adzaban nar…

Ertinya: "Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada kami dan jauhi dari seksa neraka. (Dan seterusnya kita bacalah bisminlah ) Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

Tapi adik-adik jangan lupa! Kita diwajibkan untuk makan dengan tangan kanan kerana Rasulullah s.a.w telah berkata bahawa: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)
Selepas itu,dengan adanya doa sebelum makan, maka tidak lengkap sekiranya ia tidak disertakan dengan doa selepas makan sebagai penutup.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Ertinya: "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."

Doa sebelum minum
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
“Allahumma inni Asyrabuhu litaghfirali wa litaf’alabi faghfirli Awif’an”

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni  daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.

Bagaimana pula ya jikalau kita lupa untuk membaca doa sebelum makan? Jangan bimbang. Islam itu agama yang syumul dan Islam jualah merupakan ad-Din yang sentiasa meraikh kepada kebenaran. Maka di datangkan juga
بسم الله أوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi awwalahu wa akhiruhu

Ertinya: Dengan menyebut asma' Alloh pada permulaan dan akhiran.


Kami berkongsi sampai di sini dahulu dan akan disambung pada lain waktu. Diharapkan agar umat Islam lebih sedar bahawa setiap doa yang diyatakan dan dipelajari, akan mudah lupa sekiranya tidakdiamalkan. Jadi, tunggu apalagi? Inilah cara-cara yang paling mudah untuk kita meraih ganjaran. Allahu'alam



Kawan-kawan boleh lah rujuk semula kepada buku-buku seperti ini dan dapatkan tenaga pengajar atau yang pakar dalam bidang ini. Semoga kawan-kawan tidak jemu dalam mencari ilmu kerana Allah. =) Allahumma Amin.

No comments:

Post a Comment