Assalamu’alaikum
warahmatullah. Salam muhibbah kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang
dikasihi.
In
sha Allah, pada kali ini kami akan berkongsi tip- tip kehidupan ataupun doa harian
kepada. Sebelum itu, kami harap adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian sentiasa
berada dalam keadaan sejahtera dan tenang selalu. Tanpa kita sedar, kadangkala
kita lupa untuk melakukan sunnah-sunnah kecil mahupun doa-doa yang diamalkan
seharian. Mungkin Sebahagian daripada kita berfikir bahawa itu hanya perkara
remeh. Akan tetapi, apabila kita cuba fikirkan kembali, tanapkita sedar
sesungguhnya perkara sekecil ini jugalah sebenarnya sangat penting dalam hidup
kita seharian. Sedangkan Allah memberi ganjaran kepada kita daripada sekecil-kecil kebaikan, jadi apalagi yang ditunggu??
Doa-doa ini akan menyempurnakan amal ibadat kita dan
menjadikan kita sebagai seorang muslimin yang berakhlak mulia dan berdisiplin.
Tidak lupa juga dalam mengikut ajaran Rasulullah s.a.w sepertimana Allah telah
nyatakan di dalam surah Al-Ghaafir ayat 60 yang menjelaskan
tentang kepentingan doa-doa ini. Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam
keadaan hina”
Maka
marilah sama-sama kita mengamalkan bacaan doa. Kita mulakan dengan doa-doa yang
asas dulu ye adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian..
Pertama,
kita mulakan kehidupan seharian dengan mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah
apabila bangun daripada tidur. Ucaplah, ‘alhamdulillah’ ibarat kita dihidupkan
semula setelah mati dimana roh kita ditarik untuk seketika waktu (separuh dari
tidur itu separuh mati). Bacalah:
الحمد لله الذي
أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور.
“Alhamdulillahil
lazi Ahyana Ba’dama Amatana wa Ilaihin nusyur”
Ertinya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan, dan
kehadapannya kita akan kembali.
Kedua, doa masuk tandas dan keluar dari tandas. Mengapa
perlu unuk kita membaca doa apabila nak masuk dan keluar dari tandas? Inilah
yang dinamakan Allah Maha pengasih lagi Maha Penyayang dimana Dia sentiasa
ingin memelihara hamba-hambaNya daripada segala kejahatan. Hanya pada waktu ini
sahajalah,malaikat tidak ada bersama-sama dengan kita. Maka, sesungguhnya
syaitan jua lah yang akan berada bersama di dalam tandas. Oleh itu, lindungilah
diri kita daripada segala keburukan samada semasa memasuki tandas mahupun
keluar daripada tandas. Bacalah:
اللهم إني أعوذ
بك من الخبث والخبائث
Allahumma
inni ‘auzubika minalkhubsi wal khaba is
Ertinya:
"Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala
kejahatan"
Doa
Keluar Tandas..
غُفْرَانَكَ
الحمد لله الذى أذهب عنى الأذى وعافانى
Ghubranaka Alhamdulillahillazi Azhaba ‘Annil ‘aza wa ‘aafani
Ertinya:
"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan
mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada
aku."
Ketiga, doa apabila melihat cermin. Secara
lumrahnya,setiap manusia suka kepada kecantikan dan cermin ibarat suatu bahan
yang sudah sebati dengan diri kita sendiri. Akan tetapi, antara doa yang sering
kita lupa untuk membacanya adalah doa ini. Sesungghnya, kita perlu untuk
membacanya bukan untuk menjaga kecantikan shaja, sebaliknya kita perlu
melindungi diri daripada segala fitnah dan menjauhkan hati daripada perasaan
riya’ terhadap ciptaan yang Allah berikan kepada kita.
اللهم كما حسنت
خلقي فحسن خلقي
“Allahumma Kama Hassanta Khalqi Fahassin
khuluqi”
Ertinya:
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkah lah
juga akhlakku.
Kemudiannya, tidak lupa
juga amalan doa sebelum makan dan minum. Kami pasti bahawa doa ini pasti
telah dibaca setiap hari tanpa terlepas walau sekali. Apakah doa tersebut?
اللَّهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.....بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma barik lana fiima rozaqtana wa
qina ‘adzaban nar…
Ertinya:
"Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang kau telah berikan kepada
kami dan jauhi dari seksa neraka. (Dan seterusnya kita bacalah bisminlah ) Dengan
nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
Tapi adik-adik jangan
lupa! Kita diwajibkan untuk makan dengan tangan kanan kerana Rasulullah s.a.w telah
berkata bahawa: "Jangan engkau makan dengan
(tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan)
kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)
Selepas itu,dengan
adanya doa sebelum makan, maka tidak lengkap sekiranya ia tidak disertakan
dengan doa selepas makan sebagai penutup.
اَلْحَمْدُ ِللهِ
الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Ertinya:
"Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada
kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."
Doa sebelum
minum
اَللَّهُمَّ
اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
“Allahumma
inni Asyrabuhu litaghfirali wa litaf’alabi faghfirli Awif’an”
Ertinya:
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni
daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.
Bagaimana pula ya jikalau
kita lupa untuk membaca doa sebelum makan? Jangan bimbang. Islam itu agama yang
syumul dan Islam jualah merupakan ad-Din yang sentiasa meraikh kepada
kebenaran. Maka di datangkan juga
بسم الله أوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi awwalahu wa akhiruhu
Ertinya: Dengan
menyebut asma' Alloh pada permulaan dan akhiran.
Kami berkongsi sampai di sini
dahulu dan akan disambung pada lain waktu. Diharapkan agar umat
Islam lebih sedar bahawa setiap doa yang diyatakan dan dipelajari, akan mudah
lupa sekiranya tidakdiamalkan. Jadi, tunggu apalagi? Inilah cara-cara yang
paling mudah untuk kita meraih ganjaran. Allahu'alam
Kawan-kawan boleh lah rujuk semula kepada buku-buku seperti ini dan dapatkan tenaga pengajar atau yang pakar dalam bidang ini. Semoga kawan-kawan tidak jemu dalam mencari ilmu kerana Allah. =) Allahumma Amin.